Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


jln somba opu
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
jln somba opu



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 16-Dec-2008 03:49
Makassar Trip - Hari Raya Haji
Semasa aku buat booking tiket Air Asia, tak sangka pula perjalanan kami jatuh pada hari raya haji. Tiket dah dibeli, perjalanan harus diteruskan. Selepas 2 hari di Makassar, iaitu pada 8hb Disember, kami semua menyambut hari raya haji dengan sederhana sekali. Bak mengambil kesempatan untuk berkorban di sana. Seekor kambing berharga Rp600k atau lebih kurang RM180.

Di tepi-tepi jalan menuju ke pusat bandar, akan kelihatan kambing2 yang ditambat untuk dijual semperna korban. Agak kotor tepi2 jalan tu, tapi pemandangan ini adalah biasa bagi penduduk di sana. Akan kelihatan juga penjual kambing mengejar kambing yang dapat bolos dari kandang mereka. Lucu pula rasanya bila melihat mereka berkejaran ditepi jalan raya utama.

Dalam pete-pete, menuju ke bandar


Pada malam raya, takbir berkumandang di sana-sini. Malam raya tu, aku, Fizah dan Aini sempat pergi ke Carefour menaiki pete-pete untuk membeli ayam dan sedikit daging untuk dimasak pagi esok. Tak susah nak naik pete2 nih sebab ianya senang dan banyak yg lalu dijalan besar berhampiran rumah Aini. Bayaran pete2 adalah Rp3k seorang, tak kira jarak dekat atau jauh.

Masjid di hadapan Pusat Grossir Butung


Pagi raya tu, Bak diambil oleh student lelaki untuk menunaikan solat di masjid UNHAS. Ketika itu aku dan Fizah sibuk didapur. Kami masak nasi beriani, ayam masak merah, rendang daging dan acar timun dengan menggunakan bahan2 yang terhad, maklum lah negara orang. Alhamdulillah, menjadi jugak masakan kami. Nasi beriani siap kena masak sampai 2 kali sebab tak cukup. Berselera betul student2 makan masakan kami. Hehe. Puas hati betul.

Ini lah dia makanan di pagi raya, rendang tu sedapppp !


Ni pula makanan yang diberi oleh jiran Aini, Pak Jamal.

Dari atas, sup soto, buras (seperti nasi himpit tapi dibungkus dalam daun pisang), ketupat dan ayam masak apa ntah (cara indon, tapi sedap)

Petang raya tu, kami ke Airport untuk menghantar Bak dan Ma pulang ke Malaysia. Manakala aku dan Fizah akan tinggal di Makassar lagi 2 hari. Aduh, lama pulak rasanya di Makassar.

Bak dan Aini di airport


Esoknya, aku, Fizah dan Aini sekali lagi ke pusat bandar menaiki pete2. Kami turun di Central, berjalan kaki ke MTC (Makassar Trade Centre) dan menaiki teksi ke Jln Somba Opu. Harga teksi Rp10k. Pada hari pertama kami dah pun jalan2 di sini, tetapi cuma singgah di satu kedai souvenir sahaja. So kali ini ingat nak jalan2 lah di sini yang kononnya terkenal dengan pusat souvenir. Loh, tak ada apa sangat rupanya. Ada beberapa kedai souvenir yang semuanya lebih kurang sahaja dan juga banyak kedai emas boleh didapati disini. Tapi kami tak masuk lah kedai emas tu. Tak ada pitih lah nak beli emas. Cuaca amat panas di Makassar. Sekejap sahaja 2 botol air mineral habis diminum. Dahaga weh. Terus kami ambik teksi balik ke Central untuk shopping dan ke MTC untuk makan tengahari.

Kedai2 area Jalan Somba Opu


Hari terakhir kami di Makassar, Aini ponteng kelas. Haha. Berkorban untuk mak saudara, katanya. Terus kami ke Ramayana Mall yang terletak berhampiran sahaja dengan rumah Aini. Seperti mall biasa, ada lah kedai2 yang boleh kita shopping dan pasaraya yang boleh kita beli barang2 dapur. Tetapi kami lebih tertarik untuk lepak di kedai bukunya. Kesemua buku2 yg dijual adalah dalam bahasa Indonesia. Malah ada yg ditranslate dari bahasa inggeris. Sempat juga kami beli 3 buah buku masakan dan sebuah novel keluaran sana. Ntah bila la nak mula membacanya. Hehe.

Ramayana Mall


Lunch di Ramayana Mall


10hb Disember - balik time

It's time to go back. Jalan2 ke negara orang memang seronok, tapi keseronokan untuk pulang ke rumah sendiri adalah lebih hebat rasanya. Tak sabar untuk tidur ditilam sendiri, tak sabar untuk jumpa Arong dan tak sabar untuk lepak depan tv dirumah sendiri. InsyaAllah, ada rezeki akan aku pergi lagi ke Makassar. Tapi kali ni aku nak explore tempat2 wisata lain pula seperti Tanah Toraja dan kawasan air terjun seperti yang diperkatakan oleh student2 dari sana. Mesti seronok.....

Istimewa untuk Kak Ti :-

:P :P

© Pidgin Technologies Ltd. 2016