Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


depan fort rotterdam
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
depan fort rotterdam



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 15-Dec-2008 03:54
Jalan2 Sekitar Makassar
Hari pertama kami sampai ke Makassar, Aini dah aturkan transport untuk kami jalan2 disekitar Makassar. Pak Eko bertindak sebagai supir kami pada hari itu, tapi dia ni agak pendiam orangnya dan kurang pengetahuan mengenai tempat2 wisata di Makassar. Nasib baik aku sempat bukak internet sebelum ke sana. Tau lah beberapa tempat untuk dikunjungi. Antaranya ialah Fort Rotterdam, Pantai Losari, Pusat Grosir Butung, Jalan Somba Opu, kedai makan dan lain2.

Di Fort Rotterdam, kami mengupah seorang tourist guide untuk menceritakan apa yang ada di sana. Kalau jalan2 sendiri tak dapatlah kami mengetahui sejarah yang telah berlaku sambil dia bawa kami masuk ke muzium2 yang ada disana. Bayaran tourist guide ialah Rp50k, dan bayaran masuk ke Fort Rotterdam adalah bergantung kepada keikhlasan kami sendiri. Aku buat keputusan Rp5k sekepala, jadi kami bayar total Rp30k untuk entrance fee.

Pandangan dari muzium


Bak dan Ma di Fort Rotterdam. Bak bergaya dengan topi Air Asia yang dibelinya di dalam flight. Mahal tuu....




Selepas makan coto makassar, kami minta Pak Eko bawa kami berhenti di Pantai Losari. Cuaca disekitar amatlah panas, dan Pantai Losari tidak lah cantik mana pun sebab ianya cuma merupakan pelabuhan nelayan. Disekitar Pantai Losari, senang sangat untuk kita mencari kedai makanan laut. Pilih saja mana yang kita nak, dan harganya tidaklah semahal makan seafood di Pelabuhan Kelang.



Penjaja disekitar Pantai Losari


Pusat Grosir Butung

Disini banyak baju batik yang boleh dibeli dengan murah. Tapi dalam pasarnya agak panas sampai berpeluh2 ketiak dibuatnya. Penawaran boleh dibuat disini, tapi harus berhati2 kerana hanya barang yang kita ingin beli sahaja harus dibuat penawaran sampai mati. Kalau sekadar nak menduga jurujual dan mengetahui sejauh mana dia boleh kurang, tak perlu lah dibuat di sini. Nanti kena kejar dengan penyapu baru padan muka. :-D

Pusat Grosir Central

Di Central, sama sahaja keadaannya seperti di Butung. Cuma di Central, tak sepanas Butung dan disini lebih sesuai untuk membeli kain batik jawa dan pelikat. Singgahlah ke kedai Haji yang memang terkenal dikalangan pelajar dari Malaysia. Harganya memang menarik dan kainnya cantik2.
"Batik jawa ini Rp30k sepasang," kata Haji.
"Kurangnya berapa Pak ?"
"Rp27"
"Sudah pass harganya ?"
"Iya... sudah pass."
* Sudah pass bermaksud harga mati lah lebih kurang. Hehe.

Bak di luar Central, tengah menunggu kami membeli-belah. Muka dah penat dan kelaparan.


Bagi aku, shopping di Makassar tidaklah sebagus shopping di Bandung. Bandung adalah syurga membeli-belah. Lebih banyak barang boleh didapati, lebih banyak tempat shopping boleh dijelajahi dan lebih murah harganya berbanding dari Makassar. Tapi kalau dah sampai ke Makassar, tak kan tak nak beli ole2 barang sehelai dua. Eh.. sehelai dua saja ke ? Macam ada tambahan bagasi je tu.... Hmmmm....

© Pidgin Technologies Ltd. 2016