Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 12-Dec-2008 04:28
Makassar Trip - Makan Time
5 Disember 2008
1pm
Kak Ti sms kata dia dah sampai kat LCCT

1.30pm
Aku, Bak, Ma, dan Fizah menaiki teksi Limo ke LCCT
Dalam teksi tiba2 hati aku terdetik pada satu perkara.
'Eh, pasport Kakti valid lagi tak untuk flight international. Hmm.. harap masih valid lah.'
Sampai di LCCT, tiba masanya untuk check-in. Aku minta pasport Kakti. Ya Allah, lagi 4 bulan akan expired. Macamana ni. Flight lagi 2 jam. Plan untuk ke Makassar dah dirancang sejak Julai lalu. Aduh. Aku kah yang bersalah dalam hal ni ? Aku pernah terbaca terms and regulationnya, tapi pada masa tu tak tercapai akal aku untuk mengatakan bahawa pasport mereka akan expired kurang dari 6 bulan dari tarikh perjalanan.
Ahh... sudah. Tak best lah nak jalan2 tanpa Kakti. Kami ke sana sini konon nak merayu pihak imigresen supaya melepaskan perjalanan ini. Undang2 tetap undang2. Mana boleh dilawan lagi. Kalau boleh ditukar ganti, akan aku gantikan pasport aku dengannya. Cepat2 aku bersalam dan berjalan masuk. Tak sanggup rasanya untuk aku memandang wajah Kakti. Nanti aku akan menangis didepannya. Lagi haru.
Perjalanan hidup perlu diteruskan. Apa yang telah berlaku telah berlalu dan ianya menjadi pengajaran kepada kami semua....

8.20pm
Aku, Bak, Ma dan Fizah selamat sampai di Lapangan Terbang Sultan Hasanuddin, Ujung Pandang. Alhamdulillah. Sampai disana, Aini dan kawan serumahnya datang menjemput.

Sepanjang berada di Makassar, aku tak melepaskan peluang untuk menikmati makanan2 tempatan yang dijual disana. Salah satu yang popular ialah coto makassar. Coto sebenarnya adalah soto, aku pun tak tau kenapa dipelatkan sebutannya. Sama seperti soto, ianya dimakan bersama ketupat nasi. Supnya pula diperbuat daripada daging dan isi dalaman seekor lembu yang direbus lama. Coto senang didapati disepanjang jalan tetapi yang membezakannya ialah kebersihan dan kesedapannya. Warung Coto Gagak telah direkomen oleh tourist guide di Fort Rotterdam. Dan ternyata, ianya memang lazat dan murah. Dalam RM25 untuk 7 orang makan termasuk minuman.



Tengoklah betapa berselera Bak dan Ma menjamah Coto Makassar. Walaupun nampak kecil kuantitinya, tapi ianya cukup mengenyangkan.



Kami sempat singgah di Restoran Ratu Gurih untuk menikmati makan tengahari. Makassar terkenal dengan makanan lautnya, dan dah tentu rugi kalau tidak mencubanya. Kami memesan ikan gurame goreng pedas, cumi (sotong) goreng tepung dan butter, sayur masak apa ntah, satu lagi lauk ikan dan ahhh... aku pun dah lupa menunya sebab terlampau asyik menikmati juadah. Makanan memang sedap, dan harganya tak semahal makan seafood di Malaysia. Lebih kurang RM90 untuk 7 orang makan termasuk minuman.

Tak sah rasanya kalau tak makan nasi padang di Indonesia walaupun kita bukan berada di daerah Padang.

Maaf, kualiti agak kabur kerana tangan agak kotor. Hehe. Makan dulu ya...
Harga makanan : Rp180k = RM60 untuk 8 orang makan. Murah kan ?

Satu lagi specialty makanan Indonesia ialah bakso. Walaupun di negara kita pun ada dijual, tetapi keenakan dan keaslian rasa tak dapat menandingi masakan dari negara mereka sendiri.

Bakso boleh dimakan dengan mee atau buras (seperti ketupat nasi, tetapi dibalut dengan daun pisang). Aku memilih untuk memakannya dengan mee. Wahh... enak sekali !

Dessert - Es Pisang Ijo

Nampak agak buruk kan rupanya ? Tetapi sedappppp. Sebiji pisang dibalut dengan tepung berwarna hijau yang rasanya seperti cendul hijau tu, kemudian diparut ais ke atasnya, dan dicampurkan dengan santan pekat dan ditabur dengan sirap. Slurrppp !

Dessert - Es Nangka

Ni aku cuba makan kat Food Court MTC (Makassar Trade Centre). Agak mahal harganya, Rp13k = RM4, tetapi ternyata tidak mengecewakan.

Cuba teka apa isi dalamnya.........


Tarraaaaaaaaaa.........

Namanya sahaja berbau sedikit kelucahan. Ntah siapalah yang menggelarkannya sedemikian. Kesian pada si karipap a.k.a si jalangkote. LOL Aku nak sebut pun macam lawak. Sedap juga rasanya, dan makanan ni dibeli digerai berdekatan dengan rumah Aini.

Ok... itu saja entri makan2 di Makassar. Nanti disambung dengan jalan2 pula. Daa...

© Pidgin Technologies Ltd. 2016